Blog List

Saturday 14 January 2017

Portal Rasmi Fakulti Sains Bumi

Bengkel Halatuju Penyelidikan Dan Jalinan Kerjasama Antara Program Sains Sumber Asli Dengan Reach Bagi Tujuan Pemantapan Penyelidikan, Pemuliharaan Dan Aktiviti Komuniti Di Pusat Biodiversiti Cameron Highlands

1Satu bengkel halatuju penyelidikan dan jalinan kerjasama antara Pensyarah Program Sains Sumber Asli dengan Regional Environmental Awareness Cameron Highlands (REACH) bagi tujuan pemantapan penyelidikan dan pemuliharaan Pusat Biodiversiti Cameron Highlands telah diadakan pada 27-28 Mei 2016. Hasil perbincangan tersebut, pensyarah dan penyelidik program SEN bersetuju akan menjalankan kajian tapak di Pusat Biodiversiti tersebut. Antara aktiviti utama yang dirancang adalah kajian biodiversiti mamalia, liken, kulat dan pelbagai parameter alam sekitar. Satu prototaip pengumpul embun juga akan di uji-lari di kawasan REACH bagi melihat keberkesanan alat tersebut mengumpul embun untuk bekalan air. 

Bengkel Program Keusahawanan Komposit Kayu 2016

232332Sektor perkayuan di Malaysia mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih daripada 300,000 orang dan pada masa ini, terdapat hampir  3,800 buah kilang berasaskan kayu di negara ini. Prospek untuk produk berasaskan kayu Malaysia kekal cerah memandangkan permintaan global terhadap produk terbabit adalah berterusan. Tambahan pula, kejayaan industri perabot berasaskan kayu di Semenanjung Malaysia memang terbukti dan telah berjaya menjana pulangan sebanyak RM6 hingga RM7 billion setahun kepada negara. Salah satu produk dari kayu yang digunakan dalam bahan binaan adalah kayu komposit.

Selaras dengan potensi bidang perkayuan ini, satu projek keusahawanan berimpak tinggi iaitu Bengkel Program Keusahawanan Komposit Kayu 2016 telah diadakan pada 23 Mei 2016 (Isnin) yang lalu sebagai pendorong kepada komuniti dan pelajar untuk menceburi bidang ini.

Bridge To Envirotopia

2Program “Bridge to Envirotopia” merupakan kerja lapangan daripada kursus pendidikan alam sekitar yang  menekankan kepentingan ekosistem, keseimbangan alam semulajadi dalam bentuk kitaran semulajadi, sumber-sumber tenaga (air, petroleum, gas), punca pencemaran air, udara, dan tanah, kesan aktiviti antropogenik ke atas alam sekitar dan kesihatan manusia, sisa toksid dan pepejal dan cara pengurusannya. Isu-isu alam sekitar tempatan dan global (jerebu, hujan asid, kemusnahan hutan) serta undang-undang persekitaran. Kursus ini menekankan tentang kesedaran dan ilmu yang perlu dimiliki untuk diaplikasikan dalam kehidupan bagi memelihara, mengekalkan, dan menggunakan alam sekitar secara lestari untuk generasi akan datang.

Hari Interaksi Fakulti Sains Bumi 2015

perkongsianilmuPada 12 September 2015 (Sabtu) telah diadakan Hari Interaksi FSB 2015. Program ini merupakan satu inisiatif fakulti yang memberi pendedahan kepada pelajar baharu bagi sesi akademik 2015/2016. Orientasi pelajar berasaskan program pengajian ini banyak memberi peluang kepada para pelajar untuk mendalami program pengajian yang ditawarkan kepada mereka di fakulti.Program ini juga turut menjadi program pertama pelajar baharu kemasukan akademik 2015/2016 bersama Ketua Jabatan dan pensyarah mengikut program masing-masing.

Bengkel Manual Prosedur Kerja (MPK) Siri II

taklimatolehPengerusiBengkel Manual Prosedur Kerja Siri Kedua ini adalah kesinambungan daripada Bengkel Manual Prosedur Kerja siri Pertama yang telah dijalankan oleh pihak fakulti pada awal tahun 2015. Oleh yang demikian, bengkel ini amat baik dan perlu dijalankan oleh fakulti dalam memastikan sebarang kerja pengoperasian berjalan dengan lancar dan berhemah di samping mengeratkan hubungan silaturrahim antara staf. Bengkel ini telah diadakan pada 2 & 3 Oktober 2015 di Sutera Inn, Kota Bharu.

Bengkel Perancangan Halatuju FSB 2015

pesertabengkelBengkel perancangan halatuju 2015 ini telah dijalankan pada 20 - 22 Oktober 2015 bertempat di Tok Aman Bali, Beach Resort.Penglibatan daripada barisan kepimpinan fakulti yang menerajui jawatan dan juga setiap jawatankuasa-jawatankuasa di fakulti.Menjadi tradisi tahunan pihak fakulti dalam melaksanakan perancangan dengan merencana program-program akademik berkualiti, bersahsiah dan berdaya saing. Memberi penekanan kepada penerapan nilai keusahawanan dengan memurnikan perancangan halatuju fakulti sebelum ini dengan penambahbaikkan yang sewajarnya juga bakal merealisasikan harapan dan target pihak Universiti dalam meningkatkan lagi status pengajian dan penyelidikan universiti.Oleh yang demikian, bengkel ini menjadi titik permulaan kepada pihak FSB dalam membangunkan modal insan pelajar melalui program-program serta aktiviti yang bakal dirancang dan dilaksanakan pada tahun 2016 dan tahun-tahun berikutnya.

For further details log on website :
http://fsb.umk.edu.my/index.php/ms/

No comments:

Post a Comment

Advantages and Disadvantages of Fasting for Runners

Author BY   ANDREA CESPEDES  Food is fuel, especially for serious runners who need a lot of energy. It may seem counterintuiti...