Blog List

Thursday, 18 May 2017

10 YANG PENTING BUAT LELAKI

Author
By NUR ASYIKIN MAYUDIN

LELAKI yang mahu  bergaya mesti tahu  apa yang  dipakai. Biar bijak padan bersesuaian majlis dan waktu, tahu melaram yang eksklusif, santai dan kemas. Tidak sekadar pakai apa yang ada!
Pastikan 10 item dibawah  yang wajib dalam koleksi anda.



1.Kemeja Putih Berbutang
Lelaki berkemaja putih lebih maskulin.
Lelaki berkemaja putih lebih nampak maskulin.
MENGAYAKAN kemeja putih berbutang  masih dalam trend. Tidak kira untuk majlis rasmi mahupun penggayaan kasual, kemaja putih masih sesuai. Kemeja putih berbutang buat lelaki lebih maskulin.Tetapi pastikan ukuran dan saiz kemeja adalah sesuai dan terletak sempurna di badan anda agar ianya tampak lebih bergaya. Sebaiknya, tak terlalu ketat dan tidak pula terlalu longgar, itu prinsip pemakaian kemeja putih berbutang buat lelaki.
2. Kasut Hitam
Senang untuk digayakan dengan semua warna pakaian.
Senang untuk digayakan dengan semua warna pakaian.
KASUT melengkapkan penampilan dalam  berfesyen dan  warna hitam  sesuai untuk lelaki. Tidak kira untuk penggayaan kasual mahupun formal. Jean, celana panjang khakis, segalanya sesuai untuk dikenakan dengan kasut hitam. Cuma yang penting pastikan kualiti kasut hitam tersebut adalah terbaik kerana pastinya anda akan menggunakannya agak lama.
Seluar ketat biar padan bentuk badan. Apapun, jangan koleksi seluar sendat sahaja dipakai. Untuk gaya majlis tertentu, anda perlu seluar yang nampak selesa dan sederhana. Hitam, kelabu dan warna tenang lebih menarik berbanding terang  melampau.
3.Sneakers Putih
Nampak lebih bergaya dan santai.
Nampak lebih bergaya dan santai.
Sesuai  kala ke gim, kasual, kembara mahupun kala berjalan santai.  Pilih kasut atau sneakers putih yang stail0 dan tahan lasak serta selesa.
4. Tali Leher Hitam
Kemas dan maskulin
Kemas dan maskulin
TALI leher antara item wajib lelaki . Ini kerana ianya mampu mengubah rupa dan gaya seseorang lelaki dalam sekelip mata biarpun anda menggunakan sut dan kemeja yang sama setiap kali. Gaya ini masih padan bagi ke pejabat mahupun ke majlis. Warna tali leher bergantung  warna baju, tapi hitam dan biru gelap masih  jadi pilihan.

5.Blazer Biru
Segak dan bergaya dengan blazer biru.
Segak dan bergaya dengan blazer biru.
JIKA rutin harian menghalang anda untuk mengenakan sut, blazer biru adalah pilihan dari gerobok fesyen yang boleh anda gunakan kerana ianya akan membuatkan penampilan anda tampak kasual dan  segak. Ianya helaian utama yang boleh anda suai padan dengan ceraian fesyen yang lain.

6.Jaket Kulit
YANG hitam masih terbaik.  Gambar ini menunjukkan lelaki berjaket kulit padan dengan baju dan seluar yang berlainan warna. Jelas terserlah nampak menghidupkan gaya menarik dan seksi.

Simple tetapi tampak macho.
Simple tetapi tampak macho.
7.Tali Pinggang
Tali pinggang melengkapkan lagi kekemasan.
Tali pinggang melengkapkan lagi kekemasan.
TALI pinggang merupakan aksesori praktikal dan amat disarankan dalam almari pakaian mana-mana lelaki sekalipun. Trend terkini anda juga boleh menggantikannya dengan tali yang versatil dan khasuntuk pengganti tali pinggang. Ia akan lebih tampak retro pada stail.

 8.Jam
Tampil lebih bergaya dengan jam tangan.
Tampil lebih bergaya dengan jam tangan.
JANGAN fikir jam tangan tak penting untuk  melengkapkan gaya anda. Jam tangan  perlu dipakai walau ke mana sahaja oleh lelaki. Ia menampilkan imej  mementinghkan waktu.
Tapi pastikan, bentuk dan rekaan jam tangan  dipakai padan dengan gaya eksklusif, santai atau sportif.

9.Sut berona kelabu atau biru navy
H.E.-by-Mango-Spring-Summer-2014-Mens-Style-Fashion-Trends-21
Nampak  santai tapi eksklusif.
SETIAP lelaki perlu ada sut berkualiti tinggi berona kelabu atau biru navy, dengan bercirikan dua butang, jahitan yang sempurna dan eksklusif serta adalah lebih baik jika ianya dihasilkan dari material berjenis kapas halus. Rona kelabu dan biru navy sememangnya sesuai untuk digayakan kala ke majlis perkahwinan dan majlis rasmi yang seakan.
Berkasut tanpa stokin? Tidak lagi  untuk semua tempar yang dituju. Ini kerana pada  majlis tertentu, anda boleh mengundang perhatian mengelirukan’ atau menimbulkan pertanyaan,  hanya kerana tanpa sarung kaki!
10.T Putih
Lebih senang untuk digayakan kemana sahaja.
Gaya santai buat lelaki untuk keselesaan.
BAGI seorang lelaki adalah wajib untuk mempunyai sehelai baju T putih  dalam gerobok fesyen mereka. Anda boleh pilih pelbagai pilihan potongan di bahagian leher yang anda sukakan biar sesesuai dengan bentuk badan.
For further information log on website :
http://instaonline.com.my/10-menarik-untuk-lelaki/

No comments:

Post a Comment

Advantages and Disadvantages of Fasting for Runners

Author BY   ANDREA CESPEDES  Food is fuel, especially for serious runners who need a lot of energy. It may seem counterintuiti...