Author
By
For further information log on website :
http://www.pepatung.com.my/hiburan/fenomena-kun-anta-humood-alkhudher.htm
By
ALOSTOURAMAGAZINE
BAHANG dubmash semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini dan antara yang mencuri perhatian adalah parodi yang menggunakan konti dan lagu Kun Anta yang dipopularkan oleh penyanyi kelahiran Kuwait, Humood Alkhudher, 26, kurang lebih 10 minggu lalu.
Menerusi single yang dipetik daripada album sulungnya, ledakan pesona paling laris itu menerima tempias di negara Asia Tenggara terutama Malaysia.
Tampil dalam pakej serba lengkap, Humood menjadi kegilaan ramai dan fenomena itu menjadi satu lonjakan untuk melakar populariti di luar daripada negaranya.
Mungkin akan ramai yang patah hati apabila mengetahui mengenai perkara sebenar tentang lulusan bidang Radio dan Televisyen Universiti Kuwait ini. Apapun, bagi yang tercari-cari identiti pemilik senyuman menawan itu, Pepatung tampilkan temu bual Humood bersama sebuah majalah antarabangsa, Al Ostoura baru-baru ini.
Siapakah Humood Alkhudher?
Seorang anak muda kelahiran Kuwait yang meminati bidang muzik dan suka menyanyi.

Apakah yang mendorong anda menjadi diri sekarang?
Pada tahun 2004 saya telah menghadiri konsert Sami Yusuf dan ia sangat luar biasa. Di sana saya bertemu dengan pemilik Awakening Records yang menguruskan kerjaya Sami Yusuf dan Maher Zain. Sejak itu saya sedar betapa pentingnya untuk menjadi seorang artis profesional berbanding menyanyi sekadar hobi atau mengisi masa lapang. Alhamdulillah, saya kini menjadi artis rakaman sepenuh masa dan bernaung di bawah Awakening Records.

Ceritakan lebih lanjut mengenai muzik anda?
Lagu-lagu saya sama sahaja seperti komposisi muzik dan melodi lain cuma subjek yang saya pilih berbeza yang berkisar tentang nilai kemanusiaan dan sosial serta semua elemen positif dalam kehidupan. Saya tidak terfikir apakah genre spesifik mengenai muzik yang saya ketengahkan namun ia sesuatu yang baharu. Secara peribadinya saya mahu memperkenalkannya sebagai lagu positif.

Apakah matlamat anda untuk muzik jenis ini?
Niat saya untuk menghiburkan pendengar dan menyampaikan mesej yang bermakna. Pendengar kini memang mahukan muzik seumpamanya kerana ia jarang diketengahkan.

Bagaimanakah anda menceburkan diri dalam bidang muzik?
Saya bersyukur kerana dikurniakan bakat menyanyi dan sejak usia 10 tahun lagi saya berjinak-jinak dalam bidang ini. Saya mempunyai seorang bapa saudara yang merupakan seorang artis, jadi saya sering mengikut beliau ke studio rakaman dan melihat cara beliau menghasilkan lirik, ritma, mengadunkan dengan vokal dan mempersembahkannya kepada khalayak.

Bagaimanakah seseorang lelaki itu mampu berjaya dalam kariernya?
Saya bukan seorang pakar namun berdasarkan pengalaman saya, kejayaan itu datang dengan perancangan yang baik, azam yang kuat, kerajinan dan sentiasa mahukan peningkatan. Lebih penting terutama kepada golongan muda adalah tidak terburu-buru untuk melihat hasilnya. Kejayaan itu akan datang dengan sendirinya, namun jangan putus asa dan belajar daripada kesilapan.

Adakah isteri anda menjadi pendorong utama?
Ya, sudah tentu! Dia individu yang sentiasa menyokong saya dan tempat untuk saya bertanyakan pendapat atau membuat pemilihan lagu.

Adakah populariti dan peminat anda menakutkan isteri anda?
Cemburu akan sentiasa ada dalam hati wanita, walaupun suaminya bukan orang popular. Begitu juga isteri saya, masalah akan bertambah serius apabila cemburu itu meluap-luap, namun syukur kami tidak dibelenggu perkara sedemikian. Isteri saya sangat memahami kerjaya saya.

Foto: alostouramagazine
Ceritakan tentang album Aseer Ahsan?
Selepas beberapa tahun merancang akhirnya album ini berjaya dilancarkan dan saya berterima kasih atas maklum balas positif. Album ini mengandungi 10 buah lagu mengenai kegembiraan dan harapan. Kebanyakan lirik dan muziknya diinspirasikan daripada artis Saif Fadel yang turut menyelia penghasilan album ini. Saya dapat berkolaborasi dengan komposer hebat seperti Al-Fayed, Zaid Nadeem, Mustafa Jigila dan Imre Mocalkosh serta artis dari Mesir, Hamza Nemra.

Apakah impian yang masih mahu anda gapai?
Saya mahu menerapkan elemen Aseer Ahsan iaitu menjadi lebih baik, yang mana ada sebahagiannya sudah tercapai. Saya mahu menjadi lebih baik daripada segala aspek kehidupan; kesihatan, sosial, agama dan mahu menjadi artis yang lebih baik dan menyumbang sesuatu yang berguna kepada pendengar.

Lokasi yang ingin anda lawati?
Afrika Selatan. Saya pernah ke sana bersama keluarga dan terpukau dengan keindahan negara itu.

Adakah melancong akan mengubah seseorang individu?
Sudah tentu! Melancong akan memperkenalkan kita kepada budaya berbeza dan membolehkan kita melihat pelbagai aspek daripada sudut berbeza.

Adakah anda seorang yang mengutamakan penampilan?
Saya tidak pasti tetapi akan cuba mempraktikkannya nanti.

Siapakah pereka fesyen pilihan anda?
Saya tidak kenal nama sebarang pereka fesyen pun.

Adakah anda penggemar fesyen?
Saya suka melihat perkara yang cantik, ia mungkin ada kaitannya dengan fesyen dan kadang-kadang tidak pun. Saya tidak fikir saya seorang individu yang memahami bidang fesyen kerana ia berubah dengan sangat pantas.
Saya suka melihat perkara yang cantik, ia mungkin ada kaitannya dengan fesyen dan kadang-kadang tidak pun. Saya tidak fikir saya seorang individu yang memahami bidang fesyen kerana ia berubah dengan sangat pantas.
http://www.pepatung.com.my/hiburan/fenomena-kun-anta-humood-alkhudher.htm
No comments:
Post a Comment