Blog List

Thursday 4 May 2017

Berdasarkan contoh yang sesuai, bincangkan impak industri terhadap pembangunan di negara ini.


Soalan 3: Berdasarkan contoh yang sesuai, bincangkan impak industri terhadap
pembangunan di negara ini.
1.0 PENDAHULUAN
Industri secara umumnya adalah kelompok perniagaan tertentu yang memiliki teknik dan
kaedah yang sama dalam menghasilkan keuntungan. Misalnya, industri muzik, industri
kenderaan, industri ternak, industri kayu-kayan dan sebagainya. Definisi pembangunan
membawa maksud kerja bangunan, kejuruteraan, perlombongan, perindustrian atau apa-
apa kerja lain yang seumpamanya pada, di atas, di sebelah atau di bawah tanah atau
membuat sesuatu perubahan tentang penggunaan sesuatu tanah atau bangunan. Hulme D
& Turner. M (1990) pula mendefinisikan pembangunan sebagai memimpin objektif
kerajaan-kerajaan iaitu pembangunan adalah sinonim dengan perubahan ekonomi, sosial
dan politik. Seers (1977) mendefinisikan pembangunan sebagai merealisasikan potensi
personaliti manusia iaitu gabungan daripada tiga matlamat yang khusus. Pertama,
jaminan ke atas bekalan keperluan asas. Kedua, kewujudan bidang pekerjaan dan yang
ketiga adalah sebagai pengurangan ketidakadilan.
Menurut Kadt E. D (1974) dalam Sociology and Development, dalam
menerangkan pembangunan daripada kaca mata Leninism, Rejim Soviet ini cuba melihat
jumlah perubahan ke atas individu-individu kepada keperluan dalam dunia persaingan
bagi industri iaitu pembangunan yang berkisar di atas landasan nilai-nilai materialisme
secara kuantitatif. Berger G. (1992) telah menyatakan bahawa pembangunan boleh
difahami daripada kebiasaan ekonomi dan bukannya daripada perspektif politik, etika,
1
ideologi atau daripada kriteria-kriteria yang lain. Pembangunan tidak hanya dilihat
daripada faktor-faktor ekonomi iaitu tanah, buruh, modal dan pengusaha tetapi juga lebih
kepada perkembangan ekonomi. Kadir H. D. (1996) pula menyatakan bahawa
pembangunan adalah satu proses membuka sesuatu yang “berbungkus” iaitu membuka
serta mendedahkan apa yang ada di dalam sesuatu “bungkusan” itu. Walau
bagaimanapun, kadang-kadang ia “membungkus” bukan untuk menyembunyikan tetapi
untuk melindungi dan menjaga. Dalam erti kata yang lain, pembangunan adalah suatu
proses mendedahkan “benih” yang berada di dalam sesuatu ke arah perkembangan atau
menggilapkan lagi. Menurut beliau lagi, pembangunan adalah suatu proses membuka dan
memperkembangkan roh kemanusiaan, membuka hati manusia, membuka dan
mendedahkan manusia ke arah kemuncak ketuhanan supaya dapat berkembang
sepenuhnya secara beransur-ansur dan ke arah yang lebih baik dalam konteks kehebatan
alamiah.
2.0 DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA
Strategi Pelan Induk Perindustrian telah mengenal pasti 12 sektor-sektor industri yang
patut diberikan penekanan. Tujuh daripada sektor-sektor tersebut adalah yang berasaskan
kepada sumber-sumber tempatan iaitu industri yang berasaskan kepada getah, kelapa
sawit, kayu-kayan, makanan, kimia, logam bukan ferus dan keluaran-keluaran galian
bukan logam. Lima sektor lagi merupakan industri yang bukan berasaskan kepada
sumber iaitu elektrik dan elektronik, peralatan pengangkutan, mesin dan kejuruteraan,
logam-logam ferus, tekstil dan pakaian. Kesemua industri ini telah dipilih berasaskan
kepada potensi untuk mencapai matlamat memperluaskan lagi asas industri negara.
2
3.0 IMPAK INDUSTRI BERASASKAN KAYU
Kayu-kayan merupakan hasil hutan yang penting dan bahan ini telah digunakan untuk
pelbagai tujuan. Ia merupakan bahan api atau bahan bakar yang sudah lama digunakan
untuk keperluan rumah tangga dan juga dalam kilang-kilang. Kira-kira 40% daripada
jumlah hutan dunia digunakan sebagai bahan api. Kebanyakan negara di kawasan tropika
mempunyai kadar penggunaan balak yang tinggi sebagai bahan api yang diperolehi
daripada hutan-hutan semulajadi. Negara-negara yang menjalankan sektor perhutanan
seperti Sweden, Kanada dan Finland telah menyumbangkan sejumlah wang yang besar
daripada pertukaran wang asing negara-negara tersebut.
Sektor perhutanan dan kayu-kayan memainkan peranan yang penting dalam
pembangunan sosio ekonomi di Malaysia. Sumber-sumber bekalan kayu-kayan telah
memberi sumbangan yang besar terhadap pertambahan pendapatan tukaran wang asing,
pertumbuhan KDNK, hasil kerajaan dan peluang pekerjaan. Malaysia adalah negara
pengeksport utama kayu keras dunia. Kayu-kayu ini banyak dieksport ke Jepun, Korea
Selatan, Taiwan, India, Eropah dan Asia Barat. Jenis-jenis kayu keras yang berharga di
negara ini adalah termasuk meranti, cengal, kapur keriung, nyatuh dan bakau.
Pada tahun 2004, eksport produk-produk berasaskan kayu adalah berjumlah
RM19.8 bilion (US$5.2 bilion), iaitu pertambahan sebanyak 18.9% yang melebihi tahun
3
2003 iaitu sebanyak RM16.6 bilion. Produk-produk utama yang dieksport adalah seperti
papan lapis (RM5.6 bilion), perabot (RM5.5 bilion), pertukangan kayu dan tanggam
pembina (RM1.1 bilion) dan papan gentian (RM1 bilion).
Industri kayu-kayan ini sebahagian besarnya adalah dimiliki oleh warga Malaysia dan
setakat ini, lebih daripada 4,000 kilang pemprosesan kayu telah beroperasi. Dianggarkan
lebih daripada 80% syarikat-syarikat berasaskan kayu termasuk perabot bersaiz
perusahaan kecil dan sederhana. Industri ini telah berjaya dibangunkan dan telah
mempelbagaikan pengeluaran ke sebilangan besar produk hiliran seperti venir dan papan
lapis serta produk-produk tambah nilai yang tinggi termasuk papan blok, kumai,
pertukangan kayu dan tanggam pembina, panel berasaskan bancuhan (papan zarah, papan
gentian), perabot dan komponen-komponen perabot.
Selain itu, Sabah dan Sarawak telah berjaya menarik kebanyakan projek-projek
yang menggunakan kayu keras untuk pengeluaran kayu gergaji, venir, papan lapis dan
produk-produk panel bervenir lain. Lebih daripada 70% daripada 154 kilang papan lapis
terletak di Sabah dan Sarawak, manakala bagi kumai, daripada 177 kilang yang
beroperasi, 85 buah kilang telah bertempat di Sabah dan Sarawak. Kilang-kilang
pemprosesan hiliran untuk pengeluaran kumai, papan gentian, pertukangan kayu dan
tanggam pembina serta perabot dan komponen perabot kebanyakannya bertempat di
Semenanjung Malaysia. Kilang-kilang ini terutamanya menggunakan kayu getah (Oak
Malaysia) hasil daripada ladang-ladang getah yang mampan.
4
4.0 PEMBANGUNAN EKONOMI NEGARA
Industri berasaskan kayu merupakan salah satu sektor yang menjadi penyumbang utama
kepada pertumbuhan ekonomi negara. Sumbangan industri ini kepada Keluaran Kasar
Dalam Negeri (GDNP) dianggarkan pada tahap lima peratus. Pada masa ini, terdapat
lebih daripada 4,000 buah kilang yang terbabit dalam pengeluaran produk-produk atau
hasil kayu, termasuk lebih daripada 2,300 kilang kerja kayu dan perabot. Pertumbuhan
pesat industri perkayuan negara secara langsung telah berjaya mewujudkan peluang-
peluang pekerjaan kepada lebih daripada 370,000 orang.
Sumbangan sektor perkayuan kepada pendapatan negara sememangnya tidak
dapat dinafikan. Malahan, pada tahun 1995, sektor perkayuan telah mendahului sektor
petroleum dan minyak kelapa sawit dari segi hasil eksport kepada negara. Walaupun
berlaku kegawatan ekonomi dalam tempoh lapan tahun yang lalu, prestasi eksport kayu-
kayan terus mencatatkan peningkatan. Hasilnya, pada tahun 2004, jumlah eksport produk
kayu-kayan telah mencapai nilai sehingga RM19.77 bilion iaitu peningkatan sebanyak
20% berbanding dengan tahun sebelumnya. Peningkatan yang memberangsangkan ini
turut disumbangkan oleh prestasi cemerlang industri perabot yang telah mencatatkan nilai
eksport melebihi RM 6 bilion pada tahun lalu.
5
Sejajar dengan matlamat tersebut, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) telah
menubuhkan Pusat Pembangunan Kemahiran Industri Kayu (WISDEC) pada tahun 1995
melalui peruntukan projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-6 iaitu
sebanyak RM2.82 juta bagi tujuan mempercepatkan lagi pemindahan teknologi dan tahap
pemprosesan bagi produk bernilai tambah seperti perabot, tanggam dan kayu kumai.
Penubuhan WISDEC merupakan salah satu strategi bagi memenuhi keperluan
utama dalam pembangunan sumber manusia di sektor kayu kayan. Kerajaan telah
mengambil langkah yang serius dalam melaksanakan program pembangunan sumber
manusia secara berterusan yang berupaya memberi manfaat berlipat ganda kepada pihak
industri. Sejak WISDEC ditubuhkan, institusi ini telah berjaya menganjurkan pelbagai
bentuk program latihan dalam bidang teknikal dan teknologi kayu, pemprosesan,
pengurusan dan rekabentuk. Di samping itu, sebagai sebahagian daripada proses
pengembangannya, WISDEC juga telah melaksanakan Skim Perantisan Industri
Berasaskan Kayu (Perabot) yang dijalankan dengan kerjasama daripada Pembangunan
Sumber Manusia Berhad (PSMB) khusus bagi melatih belia-belia lepasan sekolah.
WISDEC juga turut memainkan peranan penting dalam melaksanakan khidmat nasihat
teknikal, pembangunan produk, khidmat perundingan dan aktiviti-aktiviti R&D.
6
4.1 Kayu Gergaji
Sub-sektor ini merupakan industri yang telah ditubuhkan dengan mempunyai sebanyak
1,086 kilang papan yang beroperasi di Semenanjung Malaysia (662), Sabah (178) dan
Sarawak (246). Eksport kayu gergaji pada tahun 2004 adalah berjumlah RM2.9 bilion
(2.81 juta meter padu) terutamanya ke Thailand, Belanda, Jepun dan Taiwan.
4.2 Produk Panel
4.2.1 Papan Lapis
Dalam sub-sektor produk panel, papan lapis kekal sebagai penyumbang yang ketara iaitu
sebanyak 28.5% daripada jumlah pendapatan eksport produk kayu-kayan. Jenis papan
lapis yang dikeluarkan adalah termasuk papan lapis permukaan venir biasa, papan lapis
bersalutan atas seperti papan lapis kertas bercetak dan poliester, papan lapis untuk kerja
bentuk konkrit dan papan lapis marin. Papan lapis Malaysia telah mencapai piawai
antarabangsa seperti Piawaian Pertanian Jepun (JAS), Piawaian British (BS) dan
Piawaian Persatuan Produk Kayu Keras (IHPA) untuk pasaran Amerika Syarikat dan
Piawaian Selaras Eropah (EN) untuk Eropah. Malaysia adalah pengeksport terbesar
kedua dunia bagi papan lapis tropika.
4.2.2 Papan Zarah
Memandangkan perlunya memaksimumkan penggunaan sumber-sumber kayu, industri
ini telah dipelbagaikan kepada pengeluaran produk-produk panel bancuhan tambah nilai
7
tinggi seperti papan zarah dan papan gentian densiti sederhana. Industri papan zarah
telah berkembang dan pada masa ini terdapat sembilan syarikat yang telah beroperasi.
Dalam tempoh beberapa tahun, industri ini telah berjaya mengeksport produk-produknya
terutamanya untuk kegunaan industri perabot.
Pada tahun 2004, eksport berjumlah RM197.2 juta dan destinasi utamanya adalah ke
negara China, Vietnam, Korea dan Taiwan. Kini, Malaysia adalah pengeksport utama
bagi papan zarah dan papan zarah Malaysia mampu menepati standard piawai
anatarabangsa seperti BS, EN dan Piawaian Perindustrian Jepun (JIS). Malaysia
merupakan pengeksport papan zarah yang kesepuluh terbesar di dunia.
Pada masa ini, industri papan gentian densiti sederhana mempunyai 10 syarikat
yang beroperasi yang mana lapan daripadanya bertempat di Semenanjung Malaysia dan
dua di Sarawak. Eksport pada tahun 2004 berjumlah RM 1 bilion, menunjukkan 5.2%
daripada jumlah pendapatan eksport kayu-kayan. Ketika ini, Malaysia adalah
pengeksport papan gentian densiti sederhana keempat terbesar di dunia terutamanya ke
negara China, UAE dan Arab Saudi. Papan gentian densiti sederhana Malaysia telah
berjaya mencapai standard piawaian antarabangsa seperti BS, Piawaian Asia-Pasifik,
Jepun, Australia, New Zealand (JANS) dan EN. Sebahagian syarikat juga telah memasuki
bidang pengeluaran papan gentian densiti sederhana berlamina/bercetak untuk dieksport
dan pada masa ini, Malaysia merupakan pengeksport papan gentian densiti sederhana
kesepuluh terbesar di dunia.
8
4.2.3 Produk Panel Bervenir
Disamping papan gentian densiti sederhana, industri ini terus membangunkan produk
yang direka bentuk daripada venir yang lain seperti kayu venir berlamina, jalur berpalang
venir berlamina dan sandwic venir berlamina untuk memenuhi permintaan aplikasi
struktur dan perindustrian. Industri ini telah menggabungkan teknologi moden dengan
kegunaan efisen daripada sumber-sumber asli untuk mengeluarakan produk-produk
tersebut untuk pasaran eksport. Selain mesra alam, produk-produk ini dengan kualiti
struktrur yang dipertingkatkan untuk memenuhi keadaan iklim yang berbeza, semakin
digunakan dalam industri pembinaan. Industri ini juga telah membuat kepelbagaian
terhadap produk-produk komposit bancuhan tambah nilai tinggi seperti komposit polimer
diperkukuh gentian dan ini mencerminkan permintaan dunia yang semakin berkembang.
4.2.4 Kumai, Pertukangan Kayu dan Tanggam Pembina
Produk-produk di bawah pertukangan kayu dan tanggam pembina termasuk kumai
arkitek (panelan, kambi, silara, rel kerusi), pintu/tingkap dan aksesori, lantai kayu dan rel
kayu. Kumai dan pertukangan kayu serta tanggam pembina kebanyakannya dieksport ke
Amerika Syarikat, Jepun, Australia dan United Kingdom. Pada tahun 2004, eksport
kumai berjumlah RM649.1 juta manakala eksport pertukangan kayu dan tanggam
pembina mencatat RM1.1 bilion. Produk-produk utama di bawah kategori ini adalah
pintu kayu dan lantai kayu dan bersama-sama menyumbang sebanyak 75% kepada
eksport pertukangan kayu dan tanggam pembina.
9
4.3 Perabot dan Lekapan
Sub-sektor perabot kayu adalah salah satu penyumbang utama dalam industri berasaskan
kayu dengan menyumbangkan sebanyak 27.7% daripada jumlah pendapatan eksport bagi
sektor kayu. Pada tahun 2004, Malaysia mengeksport sebanyak RM5.4 bilion perabot
kayu, kebanyakannya ke Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Australia dan
Singapura.
Malaysia menduduki tempat kesepuluh sebagai pengesport terbesar perabot dan ketiga di
Asia selepas China dan Indonesia dengan eksport ke lebih daripada 160 negara.
Di antara perabot-perabot yang dieksport adalah set bilik tidur, perabot
berupholsteri dan perabot dapur yang mana lebih daripada 70% perabot tersebut
diperbuat daripada kayu getah iaitu sejenis kayu keras sederhana berwarna muda yang
dikenali sebagai ‘Oak Malaysia’. Pasaran eksport utama adalah Amerika Syarikat,
United Kingdom, Jepun dan Auatralia. Eksport perabot taman/luar rumah daripada kayu
keras tropika kebanyakannya adalah untuk pasaran Eropah. Spesis kayu tropika pejal
yang digunakan sememangnya dikenali kerana ketahanannya di bawah keadaan iklim
yang berbeza. Di samping pasaran-pasaran tradisi ini, perabot dari Malaysia telah
menebusi pasaran-pasaran di New Zealand, Amerika Latin, Timur Tengah, Afrika dan
Russia. Malaysia adalah pembekal utama bagi perabot pejabat ke pasaran Timur Tengah.
Syarikat-syarikat perabot Malaysia yang berjumlah lebih daripada 2,000 buah
syarikat kebanyakannya bertempat di Semenanjung Malaysia. Tumpuan tertinggi
10
syarikat-syarikat ini adalah di Johor (Muar dan Kluang), Selangor (Klang dan Sungai
Buloh) dan Melaka (Bukit Rambai).
Dengan cabaran globalisasi dan liberalisasi, pekilang-pekilang perabot Malaysia
telah memberi penekanan yang lebih terhadap kemasan, reka bentuk dan pengeluaran
produk berkualiti tinggi di samping memberi jenama tempatan yang mana sebahagian
besarnya adalah untuk pasaran eksport. Sesetengah syarikat-syarikat ini telah beranjak
daripada pembekalan perabot sedia untuk dipasang kepada pengilangan perabot
rekabentuk sendiri.
Sehubungan dengan itu, AutoCad adalah salah satu sistem perisian paling luas digunakan
oleh pekilang-pekilang perabot di Malaysia pada hari ini. Untuk menyediakan reka
bentuk yang mana bukan sahaja berfungsi tetapi juga indah, syarikat-syarikat perabot
Malaysia telah menerokai penggunaan lebih luas bahan-bahan lain seperti logam, kaca,
plastik dan bahan-bahan komposit lain yang digabungkan dengan kayu getah atau spesis-
spesis kayu lain untuk pasaran dunia yang semakin canggih
Sementara itu, prospek industri kayu dijangka tidak begitu cerah memandangkan
Sabah berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan bahan mentah, ekoran sumber
kayu-kayan negeri yang semakin berkurangan. Pengeluaran kayu balak pada tahun 2001
direkodkan pada tahap 2.59 juta meter padu. Pengeluaran ini telah merosot sebanyak 31%
berbanding pencapaian pada tahun 2000 iaitu sebanyak 3.73 juta meter padu. Menurut
Jabatan Perhutanan, pengeluaran kayu balak diunjurkan akan menurun lagi kepada 2.2
juta meter padu pada tahun 2003. Dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2002,
11
pengeluaran kayu balak dianggarkan berjumlah 1.20 juta meter padu. Pada masa ini,
industri berasaskan kayu di Sabah memerlukan kira-kira 6.37 juta meter padu kayu untuk
memenuhi kapasiti input terpasang pemprosesan industri tersebut.
Selain daripada masalah bekalan bahan mentah, industri kayu di Sabah juga
berhadapan dengan masalah struktural yang lain di samping menghadapi saingan
daripada pengeluar-pengeluar kayu seperti softwood, temperate wood, kayu tropika, kayu
sentatik dan bahan pengganti kayu dari negara-negara lain. Peralihan permintaan
softwood daripada Jepun dan China juga adalah suatu kenyataan.
5.0 PEMBANGUNAN SOSIAL NEGARA
5.1 Peluang Pekerjaan
Dari segi pekerjaan, kira-kira 20 juta orang di seluruh dunia telah terlibat dalam
perhutanan dan industri-industri yang berkaitan seperti kerja-kerja menebang balak,
mengilang papan, memproses pulpa kertas dan papan lapis. Selain itu, pertukangan kayu,
membuat alat-alat perabot serta memelihara dan mengawal hutan juga termasuk dalam
industri perhutanan. Sektor perhutanan telah memberi peluang pekerjaan kepada kepada
lebih kurang 150,500 orang penduduk Malaysia. Sektor ini telah menyediakan peluang
pekerjaan kepada 70,500 orang di Semenanjung dengan 21,000 orang terlibat dalam
aktiviti pembalakan, 28,000 dalam perkilangan papan, 15,930 dalam pengeluaran papan
keping, venir dan 5000 dalam pemprosesan kayu kumai dan produk kayu yang lain.
12
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi telah menubuhkan sebuah
pusat latihan khusus untuk industri kayu di Sabah. Penduduk di Sabah telah
memanfaatkan sepenuhnya kewujudan pusat latihan kemahiran industri kayu ini yang
merupakan pusat latihan terbesar di Asia Tenggara. Kerajaan Negeri Sabah menyedari
bahawa kewujudan pusat latihan ini akan memberikan banyak peluang kepada belia di
Sabah untuk mengikuti latihan kemahiran khususnya dalam bidang teknologi dan
pembuatan perabot. Selain memberikan peluang pekerjaan atau peningkatan kerjaya
kepada belia-belia di Sabah, usaha ini dapat mengurangkan kadar pengangguran di negeri
ini. Usaha ini juga selaras dengan matlamat Rancangan Malaysia Ke-9 yang memberikan
tumpuan terhadap pembangunan modal insan.
Industri perkayuan merupakan tulang belakang pembangunan sosio-ekonomi Sabah dan
sehingga kini masih mengekalkan kepentingannya sebagai sumber ekonomi utama negeri
ini. Pada tahun 2004, sektor perhutanan negeri telah menyumbang sebanyak RM385 juta
iaitu sebanyak 22% daripada jumlah pendapatan Kerajaan Negeri Sabah. Industri
perkayuan pernah mencatat melebihi 50% daripada jumlah keseluruhan pendapatan
negeri ini. Dari segi guna tenaga pula, industri ini telah menyediakan peluang pekerjaan
kepada 38,845 pekerja.
6.0 RUMUSAN
Industri perkayuan negara kini berhadapan dengan pelbagai cabaran bukan sahaja di
peringkat antarabangsa malahan juga di pasaran domestik. Ini termasuklah masalah
13
kekurangan tenaga kerja mahir, pergantungan kepada buruh asing serta produktiviti yang
agak rendah berbanding dengan negara-negara seperti Taiwan, Itali, Jepun dan Jerman di
samping persaingan dengan negara-negara pengeluar yang mempunyai kelebihan dari
segi kos pengeluaran dan tenaga buruh yang rendah seperti China dan Vietnam.
Bagi membolehkan produk Malaysia terus kompetitif, kita mesti bertindak secara
proaktif untuk meningkatkan lagi kualiti, kecekapan, kemahiran serta produktiviti
pengeluaran di samping mempergiatkan usaha di dalam pembangunan produk berinovasi
dan mempunyai rekabentuk yang terkini. Pihak Industri juga perlu peka kepada
pembangunan serta perubahan teknologi terkini kerana ianya mempunyai kesan langsung
ke atas peningkatan tahap daya saing.
Justeru, generasi hari ini haruslah peka dan prihatin terhadap kepentingan hutan dalam
industri perkayuan di negara ini. Hal ini kerana, tanpa sumbangan pendapatan dari
industri perkayuan, ekonomi negara mungkin berada pada tahap yang sederhana. Dalam
hal ini, semua pihak haruslah bersama-sama memainkan peranan masing-masing bagi
mengekalkan hutan di negara kita yang sememangnya menjadi sumber yang penting
kepada industri perkayuan di Malaysia

For further details log on website :
http://documents.tips/documents/industri-kayu-kayan.html

No comments:

Post a Comment

Advantages and Disadvantages of Fasting for Runners

Author BY   ANDREA CESPEDES  Food is fuel, especially for serious runners who need a lot of energy. It may seem counterintuiti...