Blog List

Thursday 4 May 2017

Kajian ciri-ciri dan jenis-jenis industri berasaskan kayu dikawasan Majlis Perbandaran Kuantan

Author
UTM, 1992

Kebanyakan industri berasaskan kayu dikawasan Majlis Perbandaran Kuantan menjalankan aktivitinya di tempat yang tidak terancang iaitu diluar dari zon kawasan industri. Lokasi-lokasi industri kayu terutama kilang kayu bergergaji pada masa ini tealah wujud begitu lama iaitu sejak antara tahun lima puluhan dan enam puluhan lagi. Akibatnya dengan perkembangan bandar Kuantan, kini kedudukan industri-industri kayu tersebut sudah tidak sesuai lagi pembangunan sekitar. Berbagai masalah telah diujudkan oleh aktiviti industri kayu ini iaitu seperti pencemaran alam sekitar, kesesakan lalulintas dan penggunaan ruang dan tanah yang tidak ekonomik. Disebabkan tidak terdapat alat-alat perancangan yang berkesan bagi mengawal perletakan dan ciri-ciri industri menyebabkan sukar untuk melaksanakan proses perancangan dan pembangunan industri kayu dikawasan MPK. Akibatnya pembangunan industri kayu berlaku secara `ad hoc' dan timbulah berbagi masalah seperti yang dinyatakan. Oleh itu Pihak Berkuasa Tempatan yakni MPK perlu mempunyai garis panduan bagi menentukan ciri-ciri dan jenis industri kayu yang sesuai sahaja diletakkan di dalam kawasan perbandaran. Justeru itu, dengan mengambilkira dasar-dasar pembangunan dalam Pelan Struktur, dan Dasar Perindustrian Negeri Serta rumusan ke atas ciri-ciri industri kayu semasa kajian ini tekah menghasilkan beberapa rumusan bagi pengkhususan industri di masa hadapan. Rumusan tersebut meliputi ciri dan jenis industri kayu yang sesuai diletakkan dalam bandar dan rumusan langkah-langkah pendekatan dan pengawalan perancangan gunatanah yang meliputi arah pebangunan dan pengawalan ke atas pembangunan industri kayu di kawasan MPK pada masa depan. Semuga dengan cadangan ciri-ciri industri ini, matlamat dalam Rancangan Malaysia Keenam dan RRJP2 untuk mengujudkan pembangunan pengkhususan industri emngikut kawasan akan terlaksana di samping memberikan panduan ke arah penyediaan Pelan Tempatan yang akan disediakan tidak lama lagi.

For further details log on website :
https://books.google.com.my/books/about/Kajian_ciri_ciri_dan_jenis_jenis_industr.html?id=ako_ngAACAAJ&redir_esc=y

No comments:

Post a Comment

Advantages and Disadvantages of Fasting for Runners

Author BY   ANDREA CESPEDES  Food is fuel, especially for serious runners who need a lot of energy. It may seem counterintuiti...