Blog List

Thursday, 4 May 2017

Kajian Keperluan Program Diploma Teknologi Berasaskan Kayu di Politeknik Kota Kinabalu

Author
Conference Paper · September 2012with618 Reads

Conference: Seminar Penyelidikan dan Inovasi Zon Sabah, At Politeknik Kota Kinabalu, Sabah, Volume: 2012
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menimbangkan pengekalan kelangsungan program Diploma Teknologi Berasaskan Kayu (DBK) di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah. Kajian ini melibatkan maklumbalas dari responden yang terdiri daripada wakil 5 pihak industri, 52 orang alumni, 32 orang pensyarah, 109 orang pelajar semasa dan 509 orang pelajar sekolah menengah. Tujuan kajian ini untuk mendapat maklumbalas dari responden yang berkaitan mengenai keperluan, permintaan dan kebolehpasaran graduan bagi program ini. Hasil dapatan maklumbalas tersebut, didapati lebih 80% pihak industri, pelajar dan pensyarah bersetuju program ini dilaksanakan. Respon pensyarah menunjukkan bahawa pensyarah bersetuju program diploma ini ditawarkan di Politeknik Kota Kinabalu. Justifikasi untuk membangunkan program ini berdasarkan kepada hasil dapatan kajian data primer dan data sekunder yang positif, potensi untuk mengadakan kolaborasi dengan pihak swasta, kemudahan program Sangkutan Industri Pensyarah (SIP), rekabentuk kurikulum yang mengikut keperluan industri, menggunakan kaedah P&P selari dengan perkembangan teknologi masa kini dan pemilihan lokasi yang bersesuaian dengan kawasan industri.

For further details log on website :
https://www.researchgate.net/publication/262603454_Kajian_Keperluan_Program_Diploma_Teknologi_Berasaskan_Kayu_di_Politeknik_Kota_Kinabalu

No comments:

Post a Comment

Advantages and Disadvantages of Fasting for Runners

Author BY   ANDREA CESPEDES  Food is fuel, especially for serious runners who need a lot of energy. It may seem counterintuiti...