Blog List

Thursday, 4 May 2017

SARAWAK TIMBER INDUSTRY DEVELOPEMENT CORPORATION

Prosidur

BAGAIMANA HENDAK BERDAFTAR?

Pemohon yang pertama kali mendaftar perlu mengisi Borang Permohonan Pendaftaran (percuma muat turun) yang boleh didapati di semua pejabat PUSAKA di Sarawak. 

Manakala, permohonan melalui surat juga diterima untuk permohonan-permohonan yang dibuat secara berasingan seperti berikut:
1.Pembaharuan pendaftaran syarikat/ kilang
2.Tambah kegiatan/ produk/ cawangan
3.Pembatalan aktiviti/ produk/ cawangan/ syarikat
4.Permohonan sijil ganti
5.Permohonan Perubahan butiran termasuk perubahan profil syarikat (alamat, nama atau hakmilik syarikat / kilang, dan lain-lain.)
    

DOKUMEN-DOKUMEN SOKONGAN

Pemohon hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen seperti dibawah:
1.Borang Permohonan Pendaftaran PUSAKA yang telah lengkap diisi, dicap dan ditandatangani oleh pagawai yang diberi kuasa untuk menandatangan.
2.Yuran Pendaftaran dibayar atas nama “STIDC” samada dalam bentuk cek berpalang, wang pos berdaftar, kiriman wang atau draf bank.
3.Lesen Perniagaan yang sah (berkaitan dengan aktiviti perniagaan yang berasaskan kayu)
4.i)Untuk Jenis Perniagaan Persendirian atau Perkongsian
  -Perakuan Pendaftaran Perniagaan
  -Ekstrak Nama Pendaftaran Perniagaan
  Atau
 ii)Untuk Jenis Perniagaan Sendirian Berhad atau Awam (Berhad)
  -Perakuan Pemerbadanan Syarikat Sendirian/ Awam
  -Borang 24 - Penyata Peruntukan Saham
  -Borang 49 - Daftar Pengarah, Pengurus dan Setiausaha dan Perubahan Maklumat
    

LAIN-LAIN DOKUMEN SOKONGAN (JIKA BERKAITAN):

Pendaftaran Kilang/ Perusahaan
1.Kelulusan ICC untuk Perusahaan bersaiz kecil/ sederhana, atau Kelulusan ICA untuk Perusahaan bersaiz besar,
2.Land Title (Untuk kilang baru)
3.Lesen Kilang Papan daripada Jabatan Hutan untuk aktiviti Perusahaan Kilang Papan
    
Ekspot dan Jualan Tempatan Kayu Balak (salah satu dokumen di bawah):
1.Memiliki Lesen Hutan (Forest Timber License) untuk kawasan hutan yang dimiliki, atau
2.Kontrak Pembalakan untuk Kontraktor Balak, atau
3.Perjanjian Jual Beli (Kayu Balak), atau
4.Surat Sokongan dari Pembekal Kayu Balak.
    
Impot Kayu Balak (untuk impot spesies yang tidak terdapat di Malaysia)
1.Surat Kelulusan daripada Kementerian Perancangan dan Pengurusan Sumber
    
Ekspot dan Impot Kayu Racik dan Pulpa
1.Pengekspot: Untuk menyediakan bukti bekalan bahan mentah daripada pengusaha kayu racik yang berdaftar dan mempunyai Licensed Planted Forests (LPF)
2.Pengimpot: Untuk mendapatkan surat kelulusan daripada Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar, Sarawak.
    
Nota: Kelulusan pendaftaran aktiviti/ produk yang terkawal adalah tertakluk kepada keperluan Ordinan dan Peraturan yang berkaitan.
   

MAKLUMAT BERKAITAN

PENARIKBALIKAN LARANGAN MENGIMPORT PAPAN LAPIS BERUKURAN 6mm KE BAWAH
    Untuk makluman, larangan untuk mengimport papan lapis biasa berketebalan 6mm ke bawah telah ditarik balik berkuatkuasa 1 Julai 2015 dengan syarat seperti berikut:


    1.Tidak dieksport semula dalam bentuk asal
      2.Ia diproses sebagai produk tambah nilai


        POLISI PENEMPATAN SEMULA INDUSTRI BERASASKAN KAYU (JABATAN HUTAN SARAWAK)
            Semua permohonan baru untuk pembinaan kilang / perusahaan kilang dalam hutan / lesen hutan tidak akan dipertimbangkan berkuatkuasa 20 Mei 2015. 
             

            KEPERLUAN UNTUK KELULUSAN INDUSTRIAL COORDINATION COMMITTEE (ICC) UNTUK INDUSTRI PERUSAHAAN KECIL / SEDERHANA DAN INDUSTRIAL COORDINATION ACT (ICA) UNTUK INDUSTRI PERUSAHAAN BERSKALA BESAR

            1.4 salinan pelan susun atur kilang yang dicadangkan.
            2.Kelulusan pelan bangunan atau permit menduduki (occupation permit) bangunan yang dikeluarkan oleh agensi yang berkaitan.
            3.Kelulusan penggunaan tanah daripada penguasa tanah tempatan.
            4.Kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar untuk cadangan pengurusan pembuangan sampah.
            5.Kelulusan daripada Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (digunapakai untuk cadangan penggunaan steam boiler, pressure vessel dan powered hoist system).
            6.Kelulusan lain yang dikeluarkan oleh jabatan kerajaan lain yang berkaitan dengan pembinaan projek.
            7.Untuk pembinaan kilang kayu racik dan pulpa, pemilik kilang dikehendaki untuk mengemukakan bukti bekalan bahan mentah yang diperolehi daripada Hutan Tanam Berlesen yang dimiliki sendiri.

            For further information log on website :
            http://www.sarawaktimber.gov.my/modules/web/pages.php?lang=bm&mod=webpage&sub=page&id=79&menu_id=0&sub_id=111

            No comments:

            Post a Comment

            Advantages and Disadvantages of Fasting for Runners

            Author BY   ANDREA CESPEDES  Food is fuel, especially for serious runners who need a lot of energy. It may seem counterintuiti...