Blog List

Friday 5 May 2017

AKTIVITI BIMBINGAN TEKNIKAL ANYAMAN ROTAN POLLOS (ROTAN CACING) KG MENINIPR, KENINGAU, SABAH 14 - 16 JUN 2012

Author
by Aman


Semasa Perasmian bangunan Kraftangan Sabah di Keningau oleh YAB.Perdana Menteri pada 16 Jun 2012, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Sabah (PKKM) telah menjalankan aktiviti Bimbingan Teknikal anyaman Rotan Pollos (Rotan cacing) yang disertai oleh 25 orang pengusaha dari Kg.Meninipir, Keningau, Sabah.

Dikenali sebagai Rotan pollos oleh suku kaum Dusun, rotan ini turut dikenali sebagai Rotan cacing (nama saintifik "Calamus melanoloma Mart.") merupakan sejenis pokok dalam kategori pokok Rotan. Bahan ini masih banyak terdapat di Daerah Pedalaman Sabah iaitu Daerah Keningau, Tenom dan Tambunan.













Bahan ini mempunyai mempunyai potensi untuk dibangunkan pada masa hadapan.Kekurangan isi rotan (rotan pulur) mengubah pemilihan bahan kepada rotan jenis ini.

Program yang diadakan selama tiga hari ini merupakan program ke-2 yang diadakan selepas aktiviti pertama yang pernah diadakan di Kg Meninipir iaitu pada 6-10 Jun 2012.

Hasil sambutan yang amat menggalakan daripada pengusaha Kg Meninipir, mendorong Pihak Kraftangan Malaysia Sabah untuk terus berusaha memajukan permbuatan produk kraf ini dan menjadikan ia sebagai perusahaan yang berterusan untuk penduduk di kampung ini.























Antara aktiviti sepanjang BT berlangsung
Yg.Berusaha Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia turut melihat aktiviti BT yang dijalankan.

For further information log on website :
http://rahmanomar.blogspot.my/2012/07/aktiviti-bimbingan-teknikal-anyaman.html

No comments:

Post a Comment

Advantages and Disadvantages of Fasting for Runners

Author BY   ANDREA CESPEDES  Food is fuel, especially for serious runners who need a lot of energy. It may seem counterintuiti...