Blog List

Friday 5 May 2017

Martabatkan warisan pembuatan lepa - Shafie

Author
ARKIB : 22/04/2012

SEMPORNA 21 April - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mahu pihak berkenaan mengambil pendekatan proaktif dalam memartabatkan warisan pembuatan perahu atau lepa di daerah ini.
Beliau berkata, kemahiran pembuatan lepa di Pulau Bum Bum yang merupakan lokasi terawal dalam sejarah pembuatan lepa, perlu dijaga supaya ia sentiasa kekal sebagai warisan terpenting negara.
“Penganjuran pesta air atau Regatta Lepa ini akan dapat memelihara budaya mesyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Regatta Lepa ke-19 di sini hari ini.
Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin merasmikan Regatta Lepa itu.
Turut hadir, Toh Puan Hajjah Nurida R.M Jasni, bekas Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai dan Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Nasir Tun sakaran.
Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata, penganjuran Regatta Lepa sejak 19 tahun lepas berjaya mengukuhkan kedudukan Sabah dan daerah Semporna khususnya sebagai destinasi penting pelancongan negara.
Katanya, sokongan serta kerjasama yang diberikan oleh kerajaan negeri dalam memastikan kejayaan penganjuran Regatta Lepa ini setiap tahun sangat dialu-alukan.
“Saya percaya dan telah melihat kesannya terhadap kitaran ekonomi negeri dan penduduk setempat,” katanya.
Terdahulu, Pengerusi Penganjur Regatta Lepa yang juga Pegawai Daerah Semporna, Abd. Mohd. Ibnu Abd. Kadir Baba berkata, satu kajian impak ke atas peningkatan ekonomi di daerah itu sepanjang pesta Regatta Lepa berlangsung akan dilakukan dengan mengambil kira data kehadiran pelancong.


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120422/dn_08/Martabatkan-warisan-pembuatan-lepa---Shafie#ixzz4gBgexVGr 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

For further information log on website :
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120422/dn_08/Martabatkan-warisan-pembuatan-lepa---Shafie

No comments:

Post a Comment

Advantages and Disadvantages of Fasting for Runners

Author BY   ANDREA CESPEDES  Food is fuel, especially for serious runners who need a lot of energy. It may seem counterintuiti...