Author
For further details log on website :
http://eprints.ums.edu.my/9157/
Noorsahalza Tangkapan, (2009) Warisan perahu tradisional komuniti pesisir pantai di Kunak Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
PDF 1855Kb |
Abstract
Negeri Sabah memang terkenal dengan sumber laut dan kegiatan maritimnya kerana dikelilingi oleh Laut China Selatan, Laut Sulu dan Laut Sulawesi. Kegiatan maritim ini telah mendorong kepada penghijrahan penduduk lain disekitar Sabah seperti Rlipina dan Indonesia untuk berhijrah ke kawasan pesisir pantai termasuklah sebuah daerah iaitu Kunak, Kunak merupakan sebuah daerah di Pantai Tlmur Sabah dan kini diduduki oleh majoriti kaum Bajau, Bugis dan Suluk akibat proses penghijrahan ini. Ketiga-tiga kaum ini sememangnya dikenali sebagai pelaut yang handal, akibat kegiatan ekonomi
mereka yang bercorak perikanan dan hid up dipesisir pantai telah menyebabkan komuniti ini terkenal sebagai pembuat dan pengguna perahu tradisional. Namun pembuatan perahu tradisional semakin berkurangan dikalangan komuniti pesisir pantai Kunak. Oleh itu penulisan ini bertujuan untuk mengkaji latar belakang Kunak sebagai daerah yang mewarisi penggunaan perahu, jenis-jenis perahu tradisional yang wujud di Kunak, proses menghasilkan perahu tradisional dan cabaran perahu tradisional pada hari ini. Penulisan ini dilakukan atas kesedaran bahawa penggunaan perahu tradisional semakin berkurangan dikalangan generasi masa kini. Adalah menjadi harapan agar kajian ini akan menjadi perintis kepada para pengkaji lain untuk mendalami kajian berhubung perahu tradisional.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | sea source, maritime activity, Kunak, coastal shore, traditional heritage |
Subjects: | H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform D History General and Old World > DS Asia |
Divisions: | SCHOOL > School of Social Sciences |
ID Code: | 9157 |
Deposited By: | IR Admin |
Deposited On: | 03 Jun 2014 13:45 |
Last Modified: | 03 Jun 2014 13:45 |
For further details log on website :
http://eprints.ums.edu.my/9157/
No comments:
Post a Comment