Author
By Aman
Pembangunan projek SDSI memberi penekanan terhadap penggalakkan penyertaan penduduk setempat dalam aktiviti kraf yang menjana pendapatan secara berterusan. Kekuatan identiti setempat dan penggunaan bahan mentah tempatan dijadikan asas untuk menghasilkan produk secara komersil yang diuruskan secara profesional. Pendekatan ini memungkinkan pengeluaran secara pukal dapat diuruskan bagi memenuhi permintaan pasaran dari segi mutu dan kuantiti. Menerusi pendekatan ini penduduk setempat dapat bergiat dalam aktiviti kraf sebagai pekerjaan berterusan yang dapat menjaminkan sosioekonomi mereka.
1) SDSI Ribu-Ribu, Kg. Sebayan, Kudat
2) SDSI Buluh & Salingkawang Kg.Enam, Nabawan
3) SDSI Ukiran Halus Parang Bajau, Kota Belud
4) SDSI Serdang, Kg.Pengkalan Abai, K.Belud
5) SDSI Ukiran Halus Lepa-Lepa Kg Look Sisarah Semporna
6) SDSI Pandan Kg. Sarap, Menumbok, Kuala Penyu
7) SDSI Gong Kg. Sumangkap, Matunggong, Kudat
8) SDSI Manik Kg. Tinangol, Matunggong, Kudat
9) SDSI Kg. Rampayan Laut Kota Belud
10) SDSI Kg. Bakuku Tenom
11) SDSI Kg. Malangkap Nariau Kota Belud
12) DSI Kg. Toguson Kota Belud
13) SDSI Kg Batu Lunguyan Sook Keningau
Antara produk yang berjaya dihasilkan..cantiknye...
Pengarah Kraftangan Sabah turut melawat hasil jualan Kraftangan sepanjang pameran ini diadakan.
For further information log on website :
http://rahmanomar.blogspot.my/2010/07/
By Aman
Pembangunan projek SDSI memberi penekanan terhadap penggalakkan penyertaan penduduk setempat dalam aktiviti kraf yang menjana pendapatan secara berterusan. Kekuatan identiti setempat dan penggunaan bahan mentah tempatan dijadikan asas untuk menghasilkan produk secara komersil yang diuruskan secara profesional. Pendekatan ini memungkinkan pengeluaran secara pukal dapat diuruskan bagi memenuhi permintaan pasaran dari segi mutu dan kuantiti. Menerusi pendekatan ini penduduk setempat dapat bergiat dalam aktiviti kraf sebagai pekerjaan berterusan yang dapat menjaminkan sosioekonomi mereka.
1) SDSI Ribu-Ribu, Kg. Sebayan, Kudat
2) SDSI Buluh & Salingkawang Kg.Enam, Nabawan
3) SDSI Ukiran Halus Parang Bajau, Kota Belud
4) SDSI Serdang, Kg.Pengkalan Abai, K.Belud
5) SDSI Ukiran Halus Lepa-Lepa Kg Look Sisarah Semporna
6) SDSI Pandan Kg. Sarap, Menumbok, Kuala Penyu
7) SDSI Gong Kg. Sumangkap, Matunggong, Kudat
8) SDSI Manik Kg. Tinangol, Matunggong, Kudat
9) SDSI Kg. Rampayan Laut Kota Belud
10) SDSI Kg. Bakuku Tenom
11) SDSI Kg. Malangkap Nariau Kota Belud
12) DSI Kg. Toguson Kota Belud
13) SDSI Kg Batu Lunguyan Sook Keningau
BIMBINGAN TEKNIKAL RIBU-RIBU+MANIK
KG SG ELOI PITAS SABAH
MEI 2010
Peserta BT bergambar bersama Pegawai Daerah Pitas
Kraftangan Malaysia Sabah melalui Unit Pembangunan Usahawan Kraf tekah menganjurkan aktiviti Bimbingan Teknikal Ribu ribu kombinasi dengan manik dan batu lawas pada bulan Mei 2010. Jumlah penyertaan adalah seramai 25 orang...fuh aramaiti...
Antara produk yang berjaya dihasilkan..cantiknye...
SEMPENA LAWATAN MENTERI KPKK KE PULAU BANGGI 15 JULAI 2010
PEMBERIAN KOMPUTER 1 MALAYSIA
PULAU BANGGI KUDAT, SABAH
Pulau Banggi sebuah Pulau yang terbesar di Malaysia terletak kira-kira 1 jam 30 minit perjalanan menaiki Feri dari Bandar Kudat. Sebuah Pulau yang amat cantik dan mempunyai sistem pentadbiran yang diketuai oleh Timbalan Pegawai Daerah.
Pada 13 julai 2010, kami seramai 6 orang iaitu 3 orang anggota kerja PKKM dan 3 orang usahawan kraf telah turut terlibat dalam program yang dianjurkan oleh KPKK di bawah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia.
Kraftangan terlibat mengadakan aktiviti Pendidikan Kraf dan promosi jualan kraf. Fuh..walaupun panas yang amat terik dengan demam batuk, kami berjaya melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada kami dengan jayanya...
Seramai 100 orang pelajar telah berjaya mengikuti program pendidikan kraf yang kami anjurkan. Bersemangat sungguh para pelajar mengikuti program yang dijalankan ini kerana ia merupakan julung kali program seperti ini dijalankan di tempat mereka.
Pendidikan Batik canting merupakan aktiviti yang telah kami jalankan sepanjang program ini berlangsung.. walaupun panas tapi semangat beb...
Semangat tu anak-anak sekolah SK Karakit Banggi......
http://rahmanomar.blogspot.my/2010/07/
No comments:
Post a Comment