Blog List

Friday, 5 May 2017

SEMINAR OVOP HANOI VIETNAM 14-15 DISEMBER 2010

Author
By Aman

Pada 14 – 15 Disember 2010, Kerajaan Malaysia melalui Unit Perancang Ekonomi (ICU) Jabatan Perdana Menteri diketuai Oleh Ketua Pengarah ICU iaitu Dato Abd Ghani Ariffin bersama beberapa wakil jabatan dan agensi kerajaan lain seperti Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, MITI, Kementerian Pelancongan, Felda, KKLW dan Kementerian Pertanian telah menyertai program Pameran dan Seminar One Village One Industry (OVOP) 2010 bertempat di Dewan Konvesnyen Hanoi Vietnam.  Selain Malaysia beberapa negara yang turut menyertai program ini adalah negara daipada ASEAN, Jepun, China dan beberapa negara Afrika seperti Kenya, Malawi, Uganda dan negara Afrika.
Anggota Kerja Kraftangan Malaysia dan peserta SDSI Kraf yang mengikuti sepanjang program seminar OVOP adalah seperti berikut :








Bil
Nama Anggota Kerja/ Pengusaha
Cawangan / Negeri
Catatan / Usahawan
1

2

3

4

5

6

7
Abd Rahman Bin Omar


Faizul Azhah Ibrahim


Pn. Julitah Ukor


Puan Diana Rose


En Syahrol Khairuddin Lawi


Salmah binti Ahmad


Zalina binti Jalil
Cawangan Sabah

Cawangan Kelantan

Sabah

Sarawak

Terengganu

Negeri Sembilan

Kedah
Anggota Kerja

Anggota Kerja

Usahawan Kulit Kayu

Usahawan Rumbia

Usahawan Tembaga

Usahawan Rotan

Tidak hadir

Objektif seminar OVOP yang telah dianjurkan adalah bertujuan membentangkan beberapa pengalaman dan pencapaian negara-negara anggota yang terlibat dalam program OVOP diperingkat negara-negara ASEAN seperti Malaysia, Thailand, Vietnam, Indonesia dan beberapa negara ASEAN lain selain berkongsi pengalaman dengan negara lain diluar ASEAN seperti China, Jepun dan beberapa negara benua Afrika.Sepanjang satu (1) hari program seminar diadakan iaitu pada 14 Disember 2010 bertempat di Dewan Konvensyen Hanoi Vietnam, beberapa kertas kerja dan laporan perjalanan OVOP negara-negara terlibat telah dibentang oleh setiap jurucakap atau wakil negara terlibat. Antara pembentang pada hari tersebut adalah seperti berikut :-

      i.        Dr. Hiramatsu Morihiko yang juga merupakan Presiden OVOP International Exhange Promotion Comitte
      ii        Mr. Motorinori Tsuno Wakil Vietnam
    iii        Profesor Kiyoto daripada University of Retsumekan Asia Pacific
   iiii        Profesor Kunio Igusa : Kajian Kes Malaysia dalam pembangunan SDSI luar Bandar
   iiv        Liu Yanguo Wakil dari negara China
    iv        Yoopin Claymone  Wakil dari negara Thailand : Perkembangan OTOP di Thailand
   ivi        Mr.Chu Tien Quang wakil Vietnam
  ivii        Jhon K Munguti Wakil dari benua Afrika mewakili negara Malawi, Uganda dan Kenya


For further information log on website:
http://rahmanomar.blogspot.my/2011/01/seminar-ovop-hanoi-vietnam-14-15.html

No comments:

Post a Comment

Advantages and Disadvantages of Fasting for Runners

Author BY   ANDREA CESPEDES  Food is fuel, especially for serious runners who need a lot of energy. It may seem counterintuiti...