Blog List

Friday, 5 May 2017

Keistimewaan Perahu Lepa Semporna, Sabah

Author

Mula mengenali perahu ini kerana terdapatnya pertandingan Regatta Lepa Semporna yang meriah diadakan setiap tahun. Korang pun mesti tertarik bila pertama kali menatap perahu ini...masakan tidak... seni ukir yang terdapat pada perahu ini membuatkan korang rasa sangat kagum. Perahu jenis ini pula hanya terdapat di Daerah Semporna sahaja. Mari aku bawa korang untuk mengenali lebih dekat tentang perahu ini yang lebih dikenali sebagai Lepa....


Sebenarnya.....Lepa juga dikenali sebagai sampan nelayan kerana ia digunakan untuk menangkap ikan di laut selain untuk mengangkut barangan harian.

Kaum Bajau Laut  menggunakan dua jenis sampan, iaitu lepa dan boggo sejak 1964 lagi. Kedua-duanya mempunyai fungsi yang berbeza. Penggunaan Boggo terhad untuk perikanan air cetek manakala lepa berfungsi bukan hanya sebagai kapal nelayan laut dalam tetapi juga untuk pelayaran dan tempat tinggal mereka.



Lepa lebih besar daripada boggo, berukuran 7 – 12 meter panjang (lazimnya 8.5 meter) dan 1.5 – 1.9 meter lebar. Lepa dibina dengan teddas yang kuat, tuja, jungal, tuja buli, sengkol, dinding yang kukuh. Kesemua ini dirangkaikan dengan pasok  (hook) yang diperbuat daripada kayu.

Bahagian tengahnya, dibina lantai mudah alih, untuk kegunaan penyimpanan tangkapan hasil laut. Selain itu, pembinaan bahagian tengahnya yang cukup teliti, membolehkan wujudnya ruang tamu dan tempat tidur yang selasa serta luasnya lebih kurang separuh daripada keluasan lepa itu sendiri. Sebaliknya, panansa’an (bow and stem) lepa ini adalah rendah dan terbuka di permukaan air. Ianya bagi memudahkan kerja-kerja pengendalian jala dan penggunaan kayu pendayung.


Sa’am (Cross-beam) yang besar dijadikan pemisah antara panansa’an  (bow dan stem)  dengan ruang tamu. Ia berkelok ke atas daripada bahagian deck lepa dan dibina melepasi sedikit Patarukan. Sa’am juga dibina dikedua-dua hujung Lepa.   Di hujung sa’am ini dikemasi tangkai-tangkai berbentuk rak dikenali sebagai panga. Di sinilah digantungkan fish-spears dan tiang-tiang buluh. Biasanya bahagian hulu sa’am dihiasi dengan ukiran.



Lepa pula adalah  terbahagi kepada 3 jenis iaitu;
  • Lipah
  • Lepa Pasil
  • Lepa Sapit 
Tidak banyak perbezaan pada lepa ini dari segi rupa bentuk, senibinanya, saiz dan motif atau pola hiasnya. Fungsi juga adalah sama antara satu sama lain. Kesemua perahu ini selalunya ditempah oleh suku kaum Bajau Laut ni di sekitar Pulau Bum Bum dan juga di Pulau Omadal. Suku Kaum Bajau Laut ini tiada kemahiran didalam membuat perahu. Aku berkesempatan berkunjung ke tempat bagi membuat perahu ini di Pulau Bum Bum dan menemui pengusahanya iaitu En Al Fakah Bin hj Hamaah. Menurut En Al Fakah, tiada lagi tempahan yang diterima sekarang ini kerana bahan binaaan bagi pembuatan perahu ini amat sukar didapati kerana semakin berkurangan.

Jenis kayu yang digunakan untuk membuat Lepa ini adalah kayu dari jenis Kayu Ubal Suluk atau kayu Kiat dalam bahasa Bajau dan juga kayu Serai Merah. Selain itu kayu Gagil dan kayu Kapor juga sering digunakan. Namun demikian kayu jenis Seraya Merah adalah jenis kayu yang popular dan sering digunakan untuk membuat lepa. 


Pembuatan perahu ini mengambil masa hampir setahun untuk disiapkan. Setiap perahu yang ditempah biasanya boleh digunakan sehingga 4 hingga 5 tahun dengan penjagaan yang baik seperti membakar atau melayur lankai kelapa keseluruhan bahagian perahu tersebut bagi mematikan tiram, lumut dan tembiluk yang boleh menyebabkan kerosakkan pada perahu. Selalunya kerja-kerja ini dilakukan di tepian pantai ketika air laut surut atau pada waktu mereka tidak ke laut. 

Sekiranya korang tidak berpeluang untuk ke Pulau Bum Bum ini untuk melihat Lepa ini...korang boleh jer pergi ke Muzium Negeri Sabah kerana terdapatnya perahu lepa yang dipamerkan di ruangan pintu masuk ke muzium ini. Koleksi pameran yang terdapat di dalam muzium ini juga sangatlah menarik. So korang jangan lepaskan peluang yang ada untuk melancong ke Neger Dibawah Bayu ini.

For further information log on website :
https://penselpatahtunteja.blogspot.my/2016/09/keistimewaan-perahu-lepa-semporna-sabah.html

No comments:

Post a Comment

Advantages and Disadvantages of Fasting for Runners

Author BY   ANDREA CESPEDES  Food is fuel, especially for serious runners who need a lot of energy. It may seem counterintuiti...